BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 22, 2009

AKTIVITI KELAS : AKTIVITI 6 - KEKUATAN

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI KELAS : AKTIVITI 5 - Tajuk Mini Kajian

Aktiviti 5 : Tajuk Kajian

Tajuk kajian :
"KAEDAH KONTEKSTUAL BERBANTUKAN GAMBAR DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN"

Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih?
Kumpulan kami telah bersepakat memilih tajuk kajian ‘Kaedah pembelajaran kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan gambar.” adalah disebabkan oleh seperti hal-hal yang berikut:

1. Untuk menarik perhatian pelajar.
Kami yakin melalui penggunaan kaedah pembelajaran kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan gambar dapat menarik perhatian pelajar. Hal ini jelas kerana selain mengaplikasikan kaedah pembelajaran kontekstual, kami mempermudahkan dengan penggunaan gambar dalam kaedah pembelajaran tersebut.

2. Pelajar lebih mudah memahami isi pengajaran.
Melalui kaedah pembelajaran yang bersifat kontekstual akan dapat membantu pelajar untuk lebih memahami isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah tersebut memudahkan pembelajaran kerana isi pengajaran dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pelajar yang dibantu dengan gambar yang sesuai.

Peserta dan setting kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar masalah pembelajaran dan masalah pendengaran daripada kelas yang berbeza, iaitu kelas Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.

Saturday, November 14, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI KELAS: TUGASAN 5 - GURU NOVIS

MENGAPA guru NOVIS perlu melakukan kajian tindakan?

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana:


  • Guru novis adalah guru yang masih baru dalam bidang pendidikan, kajian tindakan perlu dilakukan oleh guru-guru novis kerana melalui kajian tersebut mereka boleh mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam kelas, malah pengurusan dan pentadbiran sistem sekolah itu sendiri.
  • Hasil daripada kajian tindakan yang dibuat, guru-guru khususnya guru novis itu sendiri dapat membuat perancangan huraian mata pelajaran yang akan disampaikan dengan lebih berkesan berdasarkan keperluan pelajar yang akan diajar. Perancangan adalah salah satu daripada item penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas kerana, tanpa perancangan seorang guru akan gagal menyampaikan pengajarannya.

  • Seorang guru novis perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah adalah untuk menambahkan pengetahuan dan melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu amalan. Sebagai individu baru dalam bidang pendidikan, guru-guru novis ini seharusnya sentiasa melakukan kajian tindakan untuk menambahkan pengetahuan mereka dan juga menambahbaikkan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh guru-guru sebelum ini sebagai penambahbaikkan dalam institusi pendidikan Negara.
  • Berdasarkan kajian-kajian tindakan yang dilakukan juga boleh dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan mereka jalankan kelak. Hal ini jelas, kerana daripada hasil-hasil kajian yang dibuat, mereka boleh mengenal pasti item-item yang sesuai diikuti daripada guru-guru berpengalaman dan yang mana yang perlu dibaiki.
    Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.


Bincangkan dengan ahli kumpulan mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?



Hasil daripada perbincangan yang dibuat, kami sekumpulan telah sepakat untuuk memilih tajuk mini kajian yang bertajuk seperti yang berikut :



"KAEDAH KONTEKSTUAL BERBANTUKAN GAMBAR BAGI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS"

AKTIVITI KELAS : TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan perbincangan di antara ahli kumpulan, kami telah sepakat untuk memilih tajuk berikut untuk dijadikan mini kajian tindakan kumpulan kami. Tajuk yang telah dipilih adalah seperti yang berikut:-

"KAEDAH KONTEKSTUAL BERBANTUKAN GAMBAR BAGI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS"

AKTIVITI KELAS : TUGASAN 2, PERBANDINGAN JURNAL

tugasan ke 2 yang dilakukan dalam kelas adalah untuk melihat perbandingan di antara jurnal dalam ahli kumpulan.

JURNAL 1
Tajuk:
The impact of Learning Style on Interactivity in Asynchoronous e-Learning
by Katica Roy

Permasalahan kajian

  • Melihat keberkesanan cara pembelajaran interaksi yang berkesan terhadap pelajar dan keperluan pembelajaran secara e-learning secara interaktif.
  • Pengkaji menumpukan kepada penyampaian maklumat dan bertanya kepada pelajar apa yang boleh dilakukan dengan maklumat yang diberikan secara intraktif untuk melihat kemampuan pelajar.
  • Pengkaji juga mencabar pelajar dengan memberikan mereka kajian kes dan 3 soalan kajian kes untuk dimelihat keberkesanan tersebut.

JURNAL 2
Tajuk:
Participatory Action Research: Creating an effective prevention curriculum for adoloscentsin the Southwestern US by M.N. Gosin, P.A. Dustman, A.E. Drapeau & M.L. Harthun.

Permasalahan kajian

  • Kajian ini tentang bagaimana komponen kaedah PAR digunakan untuk mereka satu kurikulum Drug Resistance Strategies (DRS) untuk pelbagai populasi remaja di US.

JURNAL 3
Tajuk:
Using Action Research to develop Preservice Teachers Confidence,knowledge and beliefs about technology
by Mary Lundeberg

Permasalahan kajian

  • Kajian dilakukan bagi melihat kesan penggunaan teknologi kepada guru baru bagi meningkatkan keyakinan,pengetahuan dan kepercayaan.

JURNAL 4

Tajuk : Action Research in Language Teacher Education by Christine Thorne & Wang Qiang

Permasalahan kajian

  • Kajian ini tentang penerapan dan pembangunan projek asas kajian tindakan untuk program Sino-British MA dalam program Inggeris di Universiti Normal BeijinG.

JURNAL 5

Tajuk: Who is Conducting Teacher Research? byDebbie L.Hahs-Vaughn, (Uni. Of Central Florida)

Permasalah kajian

  • Pengkaji dalam jurnal ini mebuat kajian tindakan untuk mengkaji faktor yang mendorong guru terlibat dalam penyelidikan/kajian tindakan.
  • Terdapat 3 model yang ditunjukan dalam kajian tersebit, iaitu:· Model 1 - Melihat hubungan antara perwatakan guru dan penyelidikan kolaborasi· Model 2 - Kesan pesekitaran sekolah terhadap perwatakan guru untuk model 1 Model 3 - Melihat penyertaan dari golongan jabatan professional dan bagaimana faktor ini memberi kesan yang besar terhadap penyertaan guru dalam membuat penyelidikan.
  • Hasil daripada kajian tindakan yang dibuat, pengkaji mendapati guru hari ini perlu lebih dari sekadar pemberi maklumat untuk keberkesanan dalam mengawal pelajar. Guru perlu memastikan apa yang diajar membawa kesan positif terhadap pelajar.Kelebihan mengajar di sekolah persendirian , mengajar di kawasan Bandar, dan mendapat sokongan dari pihak sekolah meningkatkan penglibatan guru dalam bidang penyelidikan.

JURNAL 6

Tajuk : Teacher research: Challenging Our Assumptions. by Lori I. Robins, Gisela Villagomez, Derek Dockter, Elizabeth Christopher,Christine Ortiz, Cynthia Passmore, and Martin H. Smith

Permasalah kajian

  • Menguji pemahaman pelajar kelas kimia di sekolah tinggi tentang hukum gas. (mereka gagal menguasai pengajaran tersebut/terhad).
  • Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Tinggi, California
  • Data yang diperolehi dan dikumpulkan melalui pertanyaan berhubung dengan pemahaman mereka tentang hukum-hukum gas, tinjiauan ketika pelajar menjalankan eksperimen dan ketika ujian berlangsung. Hasil-hasil daripada eksperimen dikumpulkan di akhir kajian.Data dianalisis secara kuantitatif.
  • Hasil daripada kajian tersebut, pengkaji mendapati faktor utama pelajar-pelajar kurang memahami hukum gas dalam pengajaran adalah disebabkan oleh mereka lemah dalam penguasaan algebra yang memperlihatkan pemahaman hukum gas.

AKTIVITI KELAS 1 : TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Buku 1 : Doing Action Research In your Own Organization.
Buku 2 : Teaching As Learning (An Action Research Approach)

Individu
Kajian tindakan
Konsep kajian tindakan berdasarkan buku Teaching As Learning (An Action Research Approach) adalah merupakan sesuatu langkah penambahbaikan dalam bidang yang dikaji melibatkan langkah-langkah yang tertentu seperti kenal pasti masalah,mengumpul data,mentafsir data, melakukan tindakan,menilai tindakan dan mengulangi langkah di nyatakan. Kajian tindakan dilakukan secara berterusan.

KUMPULAN
Kajian tindakan merupakan penglibatan , proses demokratik yang berkaitan dengan pembangunan pengetahuan praktikal bagi memenuhi keperluan manusia berdasarkan pada pandangan dunia partisipatif. Kajian tindakan dilakukan untuk menyelesaikan masalah. Kajian tindakan merupakan proses yang berterusan melibatkan pengesanan masalah, perancangan,pengumpulan data,mengambil tindakan dan memerhatikan keputusan tindakan yang dilakukan bagi perancangan tindakan selanjutnya

Ciri-Ciri Kajian Tindakan
Berdasarkan buku Doing Action Research In your Own Organization, terdapat 4 ciri-ciri kajian tindakan iaitu:

  1. Merupakan kajian dalam masa yang sama melakukan tindakan,dan bukan merupakan kajian mengenai tindakan yang dilakukan. Pengkaji melakukan kajian dengan sampel yang mengalami masalah secara langsung. Contohnya pelajar mengantuk di sekolah,guru mencari inisiatif untuk melakukan kajian terhadap pelajar tersebut.
  2. Ahli dalam berada dalam kajian (pelajar) perlu aktif dalam proses kajian tindakan yang dijalankan. Contohnya pelajar perlu melibatkan diri dan bertindak balas secara aktif sepanjang kajian dijalankan.
  3. Melakukan tindakan secara serentak ketika menjalankan kajian tindakan. Contohnya ketika guru mengajar guru menggunakan pelbagai kaedah sepanjang kajian untuk mencari kaedah yang paling efektif dan mengaplikasikannya di dalam kelas.
  4. Mencari cara atau kaedah untuk menyelesaikan masalah terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan secara sistematik. Contohnya, apabila hendak melakukan suatu kajian, pengkaji perlu melakukan mengikut turutan.

Sunday, November 8, 2009

TUGASAN KELAS : NOTA KONSEP DAN MODEL KAJIAN TINDAKAN

KONSEP KAJIAN TINDAKAN


McNiff (1988)

mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.




Somekh (1989)
menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.



Zuber-Skeritt (1992)
Mendefinisikan penyelidikan tindakan dengan menggunakan CRASP
-Critical collaboration enquiry by
-Reflective practitioners who are
-Accountable in making the results of their enquiry public
-Self evaluative in the practice and engaged in
-Participative problem solving and continuing professional development




Jean McNiff (1998)
kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikkan dengan menggalakkan guru-guru melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri.


melihat kepada perspektif pendidikan, kajian kebiasaanya menjurus kea rah menambah baik strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara.





Reka Bentuk Model Kajian Tindakan.
Terdapat beberap rekabentuk model kajian tindakan. Antaranya adalah seperti yang berikut:


i. Model Kemmis & Mc Taggart (1988)


4 langkah dinyatakan dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle)

· Mereflek (Reflect)
· Merancang (Plan)
· Bertindak (Acti


ii. Model Interaksi Stinger (1999)
Model ini sesuai sebagai kajian tindakan penyertaan. Melibatkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (act).


iii. Model Kajian Tindakan Elliott’s (1991)

Mengambil kira model yang diperkenalkan oleh Kemmis dengan menghasilkan model yang lebih lengkap. Melakukan peninjauan (reconnaissance) yang melibatkan analisis dan juga pencarian fakta dan patut dilakukan dalam lingkaran dan aktiviti bukan hanya berlaku pada permulaan proses.


iv. Model Kajian Tindakan Ebbutt (1985)


Dave Ebbutt mencadangkan penggunaan bulatan (circle) yang lengkap untuk menerangkan proses kajian tindakan selain daripada bentuk lingkaran (spiral) yang digunakan oleh Kemmis.


v. Model Kajian Tindakan Mc Kernan

Memperkenalkan satu model yang menyarankan agar masalah kajian tindakan tidak terlalu terikat dengan masa.













Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL