Pembentang: Masitah Abdullah dan Siti Halimah Hasim
PENGUMPULAN DATA:
Pengkaji telah menggunakan 2 kaedah dalam kajian, iaitu pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian telah dilakukan ketika proses pengajaran manakala temu bual pula dilakukan secara rawak.ANALISIS DATA:
Berdasarkan data yang telah dikumpulkan, pengkaji menganalisis data tersebut dengan menganalisis hasil dapatan pemerhatian dan temu bual yang telah dilakukan secara kuantatif bagi melihat sejauh mana kaedah yang telah dipilih sesuai dengan pengajaran.
KELEMAHAN:
Data yang digunakan tidak dapat mengukur "KEBERKESANAN" seperti mana yang inginkan oleh pengkaji. Hal ini kerana "KEBERKESANAN" tidak boleh diukur.
PENAMBAHBAIKAN:
Data-data untuk kajian seharusnya dikumpulan dan disusun dengan jelas dan kemas agar data dapat dianalisis dengan lebih tepat.
PEMBENTANGAN 2 :
Tajuk: Peranan Soal-Jawab Pelajar Untuk Meningkatkan Penglibatan Dan Minat Pelajar Dalam Subjek Biologi
Pembentang : Rumaizah binti Mohamad dan Elenser anak UningPENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data dibuat dengan melalui soal jawab semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan juga melalui ujian, seperti ujian pra dan ujian pos.
ANALISIS DATA
Penglibatan pelajar dalam kelas dan markah-markah ujian pelajar yang telah dijalankan akan dikumpulkan dan dianalisis. Hasil daripada analisis pencapaian markah pelajar dijadualkan dan dinyatakan dalam bentuk graf.
KEKUATAN ANALISIS DATA
Data dapatan dalam kajian dikumpulkan dan dinyatakan secara sistematik. Tahap pencapaian pelajar dinyatakan dengan jelas melalui jadual dan graf pencapaian.
PENAMBAHBAIKAN:
Data-data untuk kajian seharusnya dikumpulan dan disusun dengan jelas dan kemas agar data dapat dianalisis dengan lebih tepat.