BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 29, 2009

TUGASAN 3 : Laporan Pembentangan Kolokium Senior 2

Tajuk : Peranan Soal-Jawab Pelajar Untuk Meningkatkan Penglibatan Dan Minat Pelajar Dalam Subjek Biologi
Pembentang : Rumaizah binti Mohamad dan Elenser anak Uning
Masa : 11.00-12.00

· Tujuan Kajian
Tujuan utama kajian tersebut adalah untuk melihat peranan soal-jawab pelajar dalam meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan kerjasama, meningkatkan keyakinan dan memberi peluang kepada pelajar untuk bersoal jawab.

· Persoalan Kajian
Pengkaji ingin melihat keberkesanan peranan soal-jawab pelajar dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam mata pelajaran Biologi.

· Prosedur Kajian Tindakan
Kajian tersebut dijalankan secara kolaboratif dengan melibatkan seramai 50 orang pelajar daripada SMK Bandar Sunway. Pelajar-pelajar tersebut diambil dari 2 kelas yang berbeza. Kajian bermula dengan mengenal pasti masalah, analisis masalah, kemudian pengkaji membentuk pelan tindakan dan penetapan instrument atau kaedah kajian, sebelum melaksanakan tindakan. Data akan dikutip dan dianalisis sebelum pengkaji membuat refleksi.

Pengkaji telah mendapati pelajar melibatkan diri dan kurang berminat dengan pengajaran, malah mereka juga tidak suka bertanya. Oleh itu, kajian dijalankan dengan meminta mereka secara berkumpulan saling bersoal-jawab antara ahli kumpulan seterusnya kumpulan lain. Hasil dapatan, pengkaji mendapati teknik soal jawab antara pelajar berjaya mencapai objektif yang ingin dicapai malah mampu mengikis perasaan malu pelajar semasa bertanya soalan. Peranan soal jawab sesama pelajar boleh diterapkan dalam kaedah pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dan kaedah inkuiri tidak terbimbing.

· Perkara yang dipelajari

- Kaedah soal jawab antara pelajar sesuai dijadikan salah satu kaedah dalam meningkatkan minat dan perhatian pelajar di dalam kelas.

- Selain daripada bertujuan meningkatkan minat pelajar, kaedah soal-jawab juga boleh mengelakkan pelajar bosan dan mengantuk semasa dalam kelas.

- Guru perlu bijak memancing perhatian pelajar dalam pengajarannya dan sentiasa peka dengan keadaan pelajar untuk mengelakkan pelajar bosan dan tidak menumpukan perhatian.

TUGASAN 3 : Laporan Pembentangan Kolokium Senior 1

Tajuk :Meningkatkan keberkesanan pengajaran pendidikan Islam dengan menggunakan kaedah perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dalam pembelajaran sirah nabawiyyah dan tamadun Islam
Pembentang: Masitah Abdullah dan Siti Halimah HasimTarikh: 26.10.2009Jam : 9.30 pagi


· Objektif Kajian
Objektif yang ingn dicapai adalah untuk mengenalpasti sama ada teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat membantu menarik minat pelajar menghadiri kelas bagi mata pelajaran Pendidikan Islam serta membantu pelajar memahami dan mengingati fakta-fakta dalam tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam.

· Persoalan Kajian
Persoalan yang ditimbulkan adalah adakah perlaksanaan teknik perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dapat menarik minat dan adakah teknik tersebut dapat membantu pelajar untuk mempelajar, memahami, dan mengingati fakta-fakta dalam tajuk Sirah Nabawiyyah dan Tamadun Islam

· Prosedur Kajian Tindakan
Pengkaji telah menjalankan kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul dan telah mengambil pelajar tingkatan 4 sebagai sampel kajian, iaitu seramai 45 orang pelajar, yang terdiri daripada 23 orang daripada kelas Maju dan 22 orang daripada kelas Harapan.Kajian tersebut telah dijalankan selama 2 minggu dan instrumen kajian yang digunakan adalah teknik perbincangan dan aktiviti kerja berkumpulan. Pengkaji telah melakukan pemerhatian di dalam kelas ketika pelaksanaan aktiviti tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan selama 60 minit sehari. Pengkaji juga turut menemubual pelajar yang dijadikan sampel secara rawak.Kajian yang telah dijalankan melibatkan dua orang guru. Terdapat 2 gelung yang telah dilakukan oleh pengkaji dan telah diselesaikan dalm tempoh dua minggu. Gelung tersebut bermula dengan merancang, melaksana, mengumpul dan menganalisis data dan membuat refleksi. Hasil daripada pemerhatian gelungan pertama yang dibuat, pengkaji mendapati pelajar kurang faham dalam pengajaran yang disampaikan dan berlaku dalam keadaan sederhana. Tetapi hasil pemerhatian semasa gelungan kedua, pengkaji mendapati penglibatan pelajar sangat aktif dan telah menunjukkan minat.

Secara umumnya, kajian yang dijalankan telah dapat memenuhi objektif kajian yang ingin dicapai. Pelajar bukan sahaja berminat untuk mempelajari tajuk tersebut malah mereka juga dapat memahaminya dengan baik.

Terdapat juga beberapa penambahbaikan yang telah dicadangkan seperti peranan guru sebagai fasilitator, penyusunan aktiviti agar bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan, dan perlu menitikberatkan kemahiran intelektual dan kemampuan diri pelajar yang berbeza.

· Perkara yang dipelajari
- Setiap kajian yang ingin dijalankan memerlukan prosedur yang teliti bersesuaian dengan persoalan atau permasalah yang telah dikenalpasti.
- Kajian-kajian awal sebegini boleh dijadikan sebagai batu loncatan dalam membuat penambahbaikan pada masa depan
- Seorang guru perlu bijak menentukan teknik dan kaedah yang ingin digunakan dalam proses pengajaran untuk memastikan para pelajar dapat mengalami pembelajaran yang berkesan.
- Untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bukan sahaja melalui penglibatan antara guru dengan pelajar tetapi juga antara pelajar itu sendiri
- Teknik perbincangan dan kerja berkumpulan merupakan antara teknik terbaik yang boleh digunakan dalam pengajaran.



Tuesday, October 27, 2009

TUGASAN KELAS : 10 sebab kenapa guru perlu buat kajian tindakan??

  • membuat penambahbaikan dalam proses P&P
  • untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang terbaik, berkesan dan efektif dalam proses P&P
  • mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan BBM yang digunakan
  • mempermudahkan lagi proses pemahaman atau proses pembelajaran para pelajar tentang pengajaran yang disampaikan
  • mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dalam pendidikan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
  • membantu pelajar menjadi pelajar pakar
  • mengaplikasikan hasil-hasil kajian lepas dalam proses P&P agar lebih berkesan
  • mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan membantu mereka mencari langkah penyelesaian
  • mengembangkan pengetahuan sedia ada
  • membentuk dan melahirkan seorang guru yang sentiasa bersifat kreatif, kritis, inovatif dan tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan dan dunia lain umumnya