BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 29, 2009

TUGASAN 3 : Laporan Pembentangan Kolokium Senior 2

Tajuk : Peranan Soal-Jawab Pelajar Untuk Meningkatkan Penglibatan Dan Minat Pelajar Dalam Subjek Biologi
Pembentang : Rumaizah binti Mohamad dan Elenser anak Uning
Masa : 11.00-12.00

· Tujuan Kajian
Tujuan utama kajian tersebut adalah untuk melihat peranan soal-jawab pelajar dalam meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan kerjasama, meningkatkan keyakinan dan memberi peluang kepada pelajar untuk bersoal jawab.

· Persoalan Kajian
Pengkaji ingin melihat keberkesanan peranan soal-jawab pelajar dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam mata pelajaran Biologi.

· Prosedur Kajian Tindakan
Kajian tersebut dijalankan secara kolaboratif dengan melibatkan seramai 50 orang pelajar daripada SMK Bandar Sunway. Pelajar-pelajar tersebut diambil dari 2 kelas yang berbeza. Kajian bermula dengan mengenal pasti masalah, analisis masalah, kemudian pengkaji membentuk pelan tindakan dan penetapan instrument atau kaedah kajian, sebelum melaksanakan tindakan. Data akan dikutip dan dianalisis sebelum pengkaji membuat refleksi.

Pengkaji telah mendapati pelajar melibatkan diri dan kurang berminat dengan pengajaran, malah mereka juga tidak suka bertanya. Oleh itu, kajian dijalankan dengan meminta mereka secara berkumpulan saling bersoal-jawab antara ahli kumpulan seterusnya kumpulan lain. Hasil dapatan, pengkaji mendapati teknik soal jawab antara pelajar berjaya mencapai objektif yang ingin dicapai malah mampu mengikis perasaan malu pelajar semasa bertanya soalan. Peranan soal jawab sesama pelajar boleh diterapkan dalam kaedah pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dan kaedah inkuiri tidak terbimbing.

· Perkara yang dipelajari

- Kaedah soal jawab antara pelajar sesuai dijadikan salah satu kaedah dalam meningkatkan minat dan perhatian pelajar di dalam kelas.

- Selain daripada bertujuan meningkatkan minat pelajar, kaedah soal-jawab juga boleh mengelakkan pelajar bosan dan mengantuk semasa dalam kelas.

- Guru perlu bijak memancing perhatian pelajar dalam pengajarannya dan sentiasa peka dengan keadaan pelajar untuk mengelakkan pelajar bosan dan tidak menumpukan perhatian.

0 comments: