BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 20, 2010

REFLEKSI KENDIRI

Refleksi Sebagai Seorang Pelajar DPLI,UKM

10 bulan bukanlah satu tempoh masa yang cukup untuk menjadi seorang guru yang terbaik. Namun tempoh itu telah memberikan dan mengajar saya apa yang dimaksudkan dengan dunia pendidikan. Dalam tempoh 10 bulan telah meninggalkan 1001 kenangan dan pengajaran khususnya dari aspek kurikulum dank ko-kurikulum dalam diri sebagai seorang pendidik. Sekiranya dilihat dari aspek kurikulum, terdapat beberapa subjek yang berkaitan telah diajarkan secara terpisah. Contohnya, psikologi pendidikan, pentaksiran, penaksiran, kajian tindakan, sukan, falsafah pendidikan, teknologi, sekolah dan masyarakat, dan beberapa subjek lain. Biar pun subjek-subjek tersebut diajarkan secara terpisah, namun ilmu-ilmu tersebut saling berkaitan dan sangat membantu saya semasa menyelesaikan tugasan dan juga semasa praktikum. Semasa menyelesaikan sesuatu tugasan, saya tidak hanya terikat dengan ilmu-ilmu yang diajarkan dalam subjek tersebut. Sebaliknya saya juga perlu menghubungkaitankan dengan ilmu-ilmu dalam subjek lain bagi menghasilkan satu hasil tugasan yang terbaik. Begitu juga sepanjang tempoh latihan mengajar saya. segala ilmu dan teori-teori yang telah dipelajari telah diintergrasikan dan diaplikasikan dengan baik. Sebagai contohnya, dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya telah memilih, mengingtergasikan teori, kaedah dan teknologi yang sesuai dengan tahap dan keperluan para pelajar saya. Intergrasi ilmu adalah sangat membantu dalam sesuatu tugasan dan pengajaran. Saya perlu lebih belajar agar dapat mengaplikasikan dan mengintergrasikan ilmu yang telah dipelajari secara maksimum.


Begitu juga dari aspek ko-kurikulum. Saya juga telah banyak belajar dalam tempoh tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang telah dijalankan dalam tempoh 10 bulan berada dalam DPLI,UKM. Saya dapat merasakan perubahan yang berlaku dalam diri saya sendiri, sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial, dan intelek. Jika dilihat dari aspek jasmani, saya merasakan saya mampu menjadi seorang guru yang lebih berdisiplin dalam mengajar tubuh badan saya untuk bergerak pada waktu yang telah ditetapkan. Dari aspek emosi, saya mengakui bahawa saya menjadi seorang yang lebih sabar dan tabah dalam menghadapi sesuatu perkara. Sifat sabar dan tabah ini secara tidak langsung dapat membendung sifat mudah putus asa dalam diri saya. Saya lebih yakin dalam setiap yang saya lakukan dan tidak lagi terburu-buru dan terlalu mengikut emosi semata-mata. Perubahan ini adalah baik untuk menjadi seorang guru, kerana guru akan berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar dan kesabaran yang tinggi adalah salah satu nilai yang perlu ada dalam diri saya untuk menjadi seorang guru yang akan mendidik para pelajar bekeperluan khas yang memerlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Selain itu, saya juga dapat memupuk sifat kerohanian dalam diri saya, iaitu saya dapat belajar untuk lebih menghormati keperluan orang lain dan melawan sifat hasad dengki melalui kerjasama dalam aktiviti kumpulan yang diadakan sepanjang tempoh 10 bulan saya berada di DPLI,UKM. Keadaaan ini secara tidak langsung dapat menyuburkan lagi sikap sedia berkhidmat dalam mendidik pelajar-pelajar bekeperluan khas. Begitu juga dari aspek intelek. Unsur intelek yang diterapkan dalam program ini bukan sahaja dapat mendedahkan saya dengan dunia pendidikan tetapi juga menggalakkan saya berfikir secara kritis dan kreatif dalam sesuatu perkara berlandaskan segala ilmu-ilmu yang telah dipelajari. Manakala jika dilihat dari aspek sosial saya juga merasakannya semakin baik. Saya dapat bekerjasama dan saling bantu menbantu antara sesama kami dengan baik. Secara keseluruhan, selain berpeluang mencapai cita-cita sebagai seorang guru, saya juga dapat mendidik fizikal dan jiwa saya agar benar-benar menjadi seorang insan yang bergelar guru.

Friday, December 18, 2009

AKTIVITI KELAS 16 : ANALISIS DATA (KOLOKIUM)

PEMBENTANGAN 1 :
Tajuk :Meningkatkan keberkesanan pengajaran pendidikan Islam dengan menggunakan kaedah perbincangan dan aktiviti kerja kumpulan dalam pembelajaran sirah nabawiyyah dan tamadun Islam
Pembentang: Masitah Abdullah dan Siti Halimah Hasim


PENGUMPULAN DATA:
Pengkaji telah menggunakan 2 kaedah dalam kajian, iaitu pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian telah dilakukan ketika proses pengajaran manakala temu bual pula dilakukan secara rawak.


ANALISIS DATA:

Berdasarkan data yang telah dikumpulkan, pengkaji menganalisis data tersebut dengan menganalisis hasil dapatan pemerhatian dan temu bual yang telah dilakukan secara kuantatif bagi melihat sejauh mana kaedah yang telah dipilih sesuai dengan pengajaran.

KELEMAHAN:

Data yang digunakan tidak dapat mengukur "KEBERKESANAN" seperti mana yang inginkan oleh pengkaji. Hal ini kerana "KEBERKESANAN" tidak boleh diukur.

PENAMBAHBAIKAN:

Data-data untuk kajian seharusnya dikumpulan dan disusun dengan jelas dan kemas agar data dapat dianalisis dengan lebih tepat.

PEMBENTANGAN 2 :

Tajuk: Peranan Soal-Jawab Pelajar Untuk Meningkatkan Penglibatan Dan Minat Pelajar Dalam Subjek Biologi
Pembentang : Rumaizah binti Mohamad dan Elenser anak Uning

PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data dibuat dengan melalui soal jawab semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan juga melalui ujian, seperti ujian pra dan ujian pos.

ANALISIS DATA

Penglibatan pelajar dalam kelas dan markah-markah ujian pelajar yang telah dijalankan akan dikumpulkan dan dianalisis. Hasil daripada analisis pencapaian markah pelajar dijadualkan dan dinyatakan dalam bentuk graf.

KEKUATAN ANALISIS DATA

Data dapatan dalam kajian dikumpulkan dan dinyatakan secara sistematik. Tahap pencapaian pelajar dinyatakan dengan jelas melalui jadual dan graf pencapaian.

PENAMBAHBAIKAN:
Data-data untuk kajian seharusnya dikumpulan dan disusun dengan jelas dan kemas agar data dapat dianalisis dengan lebih tepat.

AKTIVITI KELAS 15 : ANALISIS DATA (JURNAL)

AKTIVITI KELAS : AKTIVITI 14 - ANALISIS DATA

Friday, December 11, 2009

AKTIVITI KELAS 11 : TUGASAN 2 JURNAL - PERNYATAAN MASALAH

PERNYATAAN MASALAH DALAM KAJIAN TINDAKAN

Journal 1: Participatory Action Research: Creating and effective prevention curriculum for adolescents in Sub-Western US

oleh M.N Gosin,P.A Dustman,A.E.Drapeau and M.L.Harthun.

Kajian ini dilakukan untuk melihat bagaimana komponen kaedah PAR digunakan untuk mereka satu kurikulum drag resistence strategies untuk pelbagai populasi remaja di US.

Bagaimana mereka melapor pernyataan masalah.

Melalui kajian-kajian lepas dan terkini mengenai keperluan untuk penerapan proses PAR untuk memberi manfaat kepada sekolah.

Journal 2:Using Action Research to Develop Preservice Teachers’ Confidence, Knowledgeand Beliefs about Technology

by Mary Lundeberg, Mark Bergland, Karen Klyczek dan Dan Hoffman.

Tujuan utama kajian ini dilakukan ialah untuk menyiasat sama ada melibatkan guru sains baru/pra-perkhidmatan dalam menilai pembelajaran kolaboratif berdasarkan penggunaan media memberi kesan terhadap kepercayaan mereka mengenai pengintegrasiaan teknologi, membangunkan pengetahuan mereka mengenai kandungan pedagogi yang teknikal dan meningkatkan keyakinan diri mereka untuk menggunakan teknologi dalam pengajaran.

Bagaimana mereka melapor pernyataan masalah.

Pengkaji melihat guru baru selalu selalu salah konsep yang melibatkan pendidikan melalui teknologi kerana kurang keyakinan diri dan ilmu dalam bidang teknologi. Oleh sebab itu,pengkaji ingin melihat bagaimana pengintegrasian teknologi dapat membantu penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.

JURNAL 3 : Who is Conducting Teacher Research?
oleh:Debbie L.Hahs-Vaughn, (Uni. Of Central Florida), Karen L. Yanowitz (Arkansas State Uni.)
Permasalah dalam kajian ini adalah didapati bilangan guru yang menjalankan kajian itu semakin berkurangan apabila jumlah pelajar semakin ramai.
Bagaimana mereka melapor pernyataan masalah.
Oleh itu, pengkaji telah menguji kajian tindakan ini dengan membina model berkaitan dengan sekolah dan sifat guru itu. Terdapat 3 model yang telah dibentuk oleh pengkaji dalam kajian tersebut, iaitu Model 1 adalah untuk melihat hubungan antara perwatakan guru dan penyelidikan kolaborasi, Model 2 pula melihat kesan pesekitaran sekolah terhadap perwatakan guru untuk model 1, dan model yang terakhir adalah Model 3, iaitu permasalahannya terdiri daripada penyertaan dari golongan jabatan professional dan bagaimana faktor ini memberi kesan yang besar terhadap peyertaan guru dalam membuat penyelidikan

.

AKTIVITI KELAS 13 : TUGASAN 4 MINI KAJIAN TINDAKAN

AKTIVITI KELAS 12 : PEMURNIAN

Pernyataan masalah
Melalui pemerhatian dan kajian lepas didapati pemahaman dan pengetahuan dikalangan pelajar berkeperluan khas mengenai topik-topik tertentu kurang memuaskan. Disebabkan itu ,kami menggunakan kaedah pembelajaran kontekstual dengan bantuan gambar bagi meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka serta menguji kesesuaian kaedah yang digunakan dalam proses P&P.
Tujuan kajian tindakan.
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat penambahbaikan yang dapat dilakukan melalui kaedah pembelajaran kontekstual menggunakan gambar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif :
1. Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam topik-topik yang sukar difahami.
2. Membantu pelajar memahami isi pengajaran melalui kaedah pembelajaran kontekstual dengan bantuan gambar

AKTIVITI KELAS 10 : PENYATAAN MASALAH

BUKU 1 : DOING ACTION RESEARCH IN YOUR OWN ORGANIZATION
Melalui buku yang kami baca iaitu Doing Action Research In Your Own Organization cara yang digunakan untuk mengenalpasti masalah ialah dengan mendignosis isu yang timbul yang mana memerlukan perancangan dan tindakan diambil bagi menyelesaikan isu yang timbul. Ini dapat dilakukan melalui pemerhatian.
BUKU 2 : TEACHING AS LEARNING - AN ACTION RESEARCH APPROACH
Melalui buku yang telah dibaca, iaitu Teaching As Learning - An Action Research Approach penyelidik menyatakan masalah dengan melihat terlebih dahulu masalah yang ingin dikaji. Hal ini bermakna penyelidik mengenal pasti dahulu permasalahan yang ingin dikaji. Selepas itu, pernyataan masalah dilakukan dengan perancangan, tindakan, dan refleksi yang teliti. Penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian dalam penyelidikannya.

Friday, December 4, 2009

AKTIVITI KELAS : AKTIVITI 9 MATLAMAT & OBJEKTIF

Matlamat :
Matlamat kajian ini adalah untuk melihat penambahbaikan yang dapat dilakukan melalui kaedah pembejgn risaulajaran kontekstual menggunakan gambar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif :
1. Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam proses P&P
2. Membantu pelajar memahami isi pengajaran melalui kaedah pembelajaran kontekstual dengan bantuan gambar.

Persoalan kajian :
1. Bagaimana penggunaan kaedah pembelajaran kontekstual dengan bantuan gambar dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses P&P?
2. Adakah penggunaan kaedah pembelajaran kontekstual dengan bantuan gambar dapat membantu pelajar memahami isi pengajaran?

AKTIVITI KELAS : AKTIVITI 8 - CADANGAN

AKTIVIT KELAS : AKTIVITI 7 - KELEMAHAN

Sunday, November 22, 2009

AKTIVITI KELAS : AKTIVITI 6 - KEKUATAN

Saturday, November 21, 2009

AKTIVITI KELAS : AKTIVITI 5 - Tajuk Mini Kajian

Aktiviti 5 : Tajuk Kajian

Tajuk kajian :
"KAEDAH KONTEKSTUAL BERBANTUKAN GAMBAR DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN"

Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih?
Kumpulan kami telah bersepakat memilih tajuk kajian ‘Kaedah pembelajaran kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan gambar.” adalah disebabkan oleh seperti hal-hal yang berikut:

1. Untuk menarik perhatian pelajar.
Kami yakin melalui penggunaan kaedah pembelajaran kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan gambar dapat menarik perhatian pelajar. Hal ini jelas kerana selain mengaplikasikan kaedah pembelajaran kontekstual, kami mempermudahkan dengan penggunaan gambar dalam kaedah pembelajaran tersebut.

2. Pelajar lebih mudah memahami isi pengajaran.
Melalui kaedah pembelajaran yang bersifat kontekstual akan dapat membantu pelajar untuk lebih memahami isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kaedah tersebut memudahkan pembelajaran kerana isi pengajaran dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pelajar yang dibantu dengan gambar yang sesuai.

Peserta dan setting kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar masalah pembelajaran dan masalah pendengaran daripada kelas yang berbeza, iaitu kelas Sains, Bahasa Melayu dan Perdagangan.

Saturday, November 14, 2009

TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Friday, November 13, 2009

AKTIVITI KELAS: TUGASAN 5 - GURU NOVIS

MENGAPA guru NOVIS perlu melakukan kajian tindakan?

Guru novis perlu melakukan kajian tindakan kerana:


  • Guru novis adalah guru yang masih baru dalam bidang pendidikan, kajian tindakan perlu dilakukan oleh guru-guru novis kerana melalui kajian tersebut mereka boleh mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam kelas, malah pengurusan dan pentadbiran sistem sekolah itu sendiri.
  • Hasil daripada kajian tindakan yang dibuat, guru-guru khususnya guru novis itu sendiri dapat membuat perancangan huraian mata pelajaran yang akan disampaikan dengan lebih berkesan berdasarkan keperluan pelajar yang akan diajar. Perancangan adalah salah satu daripada item penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini jelas kerana, tanpa perancangan seorang guru akan gagal menyampaikan pengajarannya.

  • Seorang guru novis perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah adalah untuk menambahkan pengetahuan dan melakukan penambahbaikan terhadap sesuatu amalan. Sebagai individu baru dalam bidang pendidikan, guru-guru novis ini seharusnya sentiasa melakukan kajian tindakan untuk menambahkan pengetahuan mereka dan juga menambahbaikkan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh guru-guru sebelum ini sebagai penambahbaikkan dalam institusi pendidikan Negara.
  • Berdasarkan kajian-kajian tindakan yang dilakukan juga boleh dijadikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan mereka jalankan kelak. Hal ini jelas, kerana daripada hasil-hasil kajian yang dibuat, mereka boleh mengenal pasti item-item yang sesuai diikuti daripada guru-guru berpengalaman dan yang mana yang perlu dibaiki.
    Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.


Bincangkan dengan ahli kumpulan mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?



Hasil daripada perbincangan yang dibuat, kami sekumpulan telah sepakat untuuk memilih tajuk mini kajian yang bertajuk seperti yang berikut :



"KAEDAH KONTEKSTUAL BERBANTUKAN GAMBAR BAGI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS"

AKTIVITI KELAS : TUGASAN 4 - MINI KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan perbincangan di antara ahli kumpulan, kami telah sepakat untuk memilih tajuk berikut untuk dijadikan mini kajian tindakan kumpulan kami. Tajuk yang telah dipilih adalah seperti yang berikut:-

"KAEDAH KONTEKSTUAL BERBANTUKAN GAMBAR BAGI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS"

AKTIVITI KELAS : TUGASAN 2, PERBANDINGAN JURNAL

tugasan ke 2 yang dilakukan dalam kelas adalah untuk melihat perbandingan di antara jurnal dalam ahli kumpulan.

JURNAL 1
Tajuk:
The impact of Learning Style on Interactivity in Asynchoronous e-Learning
by Katica Roy

Permasalahan kajian

  • Melihat keberkesanan cara pembelajaran interaksi yang berkesan terhadap pelajar dan keperluan pembelajaran secara e-learning secara interaktif.
  • Pengkaji menumpukan kepada penyampaian maklumat dan bertanya kepada pelajar apa yang boleh dilakukan dengan maklumat yang diberikan secara intraktif untuk melihat kemampuan pelajar.
  • Pengkaji juga mencabar pelajar dengan memberikan mereka kajian kes dan 3 soalan kajian kes untuk dimelihat keberkesanan tersebut.

JURNAL 2
Tajuk:
Participatory Action Research: Creating an effective prevention curriculum for adoloscentsin the Southwestern US by M.N. Gosin, P.A. Dustman, A.E. Drapeau & M.L. Harthun.

Permasalahan kajian

  • Kajian ini tentang bagaimana komponen kaedah PAR digunakan untuk mereka satu kurikulum Drug Resistance Strategies (DRS) untuk pelbagai populasi remaja di US.

JURNAL 3
Tajuk:
Using Action Research to develop Preservice Teachers Confidence,knowledge and beliefs about technology
by Mary Lundeberg

Permasalahan kajian

  • Kajian dilakukan bagi melihat kesan penggunaan teknologi kepada guru baru bagi meningkatkan keyakinan,pengetahuan dan kepercayaan.

JURNAL 4

Tajuk : Action Research in Language Teacher Education by Christine Thorne & Wang Qiang

Permasalahan kajian

  • Kajian ini tentang penerapan dan pembangunan projek asas kajian tindakan untuk program Sino-British MA dalam program Inggeris di Universiti Normal BeijinG.

JURNAL 5

Tajuk: Who is Conducting Teacher Research? byDebbie L.Hahs-Vaughn, (Uni. Of Central Florida)

Permasalah kajian

  • Pengkaji dalam jurnal ini mebuat kajian tindakan untuk mengkaji faktor yang mendorong guru terlibat dalam penyelidikan/kajian tindakan.
  • Terdapat 3 model yang ditunjukan dalam kajian tersebit, iaitu:· Model 1 - Melihat hubungan antara perwatakan guru dan penyelidikan kolaborasi· Model 2 - Kesan pesekitaran sekolah terhadap perwatakan guru untuk model 1 Model 3 - Melihat penyertaan dari golongan jabatan professional dan bagaimana faktor ini memberi kesan yang besar terhadap penyertaan guru dalam membuat penyelidikan.
  • Hasil daripada kajian tindakan yang dibuat, pengkaji mendapati guru hari ini perlu lebih dari sekadar pemberi maklumat untuk keberkesanan dalam mengawal pelajar. Guru perlu memastikan apa yang diajar membawa kesan positif terhadap pelajar.Kelebihan mengajar di sekolah persendirian , mengajar di kawasan Bandar, dan mendapat sokongan dari pihak sekolah meningkatkan penglibatan guru dalam bidang penyelidikan.

JURNAL 6

Tajuk : Teacher research: Challenging Our Assumptions. by Lori I. Robins, Gisela Villagomez, Derek Dockter, Elizabeth Christopher,Christine Ortiz, Cynthia Passmore, and Martin H. Smith

Permasalah kajian

  • Menguji pemahaman pelajar kelas kimia di sekolah tinggi tentang hukum gas. (mereka gagal menguasai pengajaran tersebut/terhad).
  • Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Tinggi, California
  • Data yang diperolehi dan dikumpulkan melalui pertanyaan berhubung dengan pemahaman mereka tentang hukum-hukum gas, tinjiauan ketika pelajar menjalankan eksperimen dan ketika ujian berlangsung. Hasil-hasil daripada eksperimen dikumpulkan di akhir kajian.Data dianalisis secara kuantitatif.
  • Hasil daripada kajian tersebut, pengkaji mendapati faktor utama pelajar-pelajar kurang memahami hukum gas dalam pengajaran adalah disebabkan oleh mereka lemah dalam penguasaan algebra yang memperlihatkan pemahaman hukum gas.

AKTIVITI KELAS 1 : TUGASAN 1: ULASAN BUKU

Buku 1 : Doing Action Research In your Own Organization.
Buku 2 : Teaching As Learning (An Action Research Approach)

Individu
Kajian tindakan
Konsep kajian tindakan berdasarkan buku Teaching As Learning (An Action Research Approach) adalah merupakan sesuatu langkah penambahbaikan dalam bidang yang dikaji melibatkan langkah-langkah yang tertentu seperti kenal pasti masalah,mengumpul data,mentafsir data, melakukan tindakan,menilai tindakan dan mengulangi langkah di nyatakan. Kajian tindakan dilakukan secara berterusan.

KUMPULAN
Kajian tindakan merupakan penglibatan , proses demokratik yang berkaitan dengan pembangunan pengetahuan praktikal bagi memenuhi keperluan manusia berdasarkan pada pandangan dunia partisipatif. Kajian tindakan dilakukan untuk menyelesaikan masalah. Kajian tindakan merupakan proses yang berterusan melibatkan pengesanan masalah, perancangan,pengumpulan data,mengambil tindakan dan memerhatikan keputusan tindakan yang dilakukan bagi perancangan tindakan selanjutnya

Ciri-Ciri Kajian Tindakan
Berdasarkan buku Doing Action Research In your Own Organization, terdapat 4 ciri-ciri kajian tindakan iaitu:

  1. Merupakan kajian dalam masa yang sama melakukan tindakan,dan bukan merupakan kajian mengenai tindakan yang dilakukan. Pengkaji melakukan kajian dengan sampel yang mengalami masalah secara langsung. Contohnya pelajar mengantuk di sekolah,guru mencari inisiatif untuk melakukan kajian terhadap pelajar tersebut.
  2. Ahli dalam berada dalam kajian (pelajar) perlu aktif dalam proses kajian tindakan yang dijalankan. Contohnya pelajar perlu melibatkan diri dan bertindak balas secara aktif sepanjang kajian dijalankan.
  3. Melakukan tindakan secara serentak ketika menjalankan kajian tindakan. Contohnya ketika guru mengajar guru menggunakan pelbagai kaedah sepanjang kajian untuk mencari kaedah yang paling efektif dan mengaplikasikannya di dalam kelas.
  4. Mencari cara atau kaedah untuk menyelesaikan masalah terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan secara sistematik. Contohnya, apabila hendak melakukan suatu kajian, pengkaji perlu melakukan mengikut turutan.

Sunday, November 8, 2009

TUGASAN KELAS : NOTA KONSEP DAN MODEL KAJIAN TINDAKAN

KONSEP KAJIAN TINDAKAN


McNiff (1988)

mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.




Somekh (1989)
menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.



Zuber-Skeritt (1992)
Mendefinisikan penyelidikan tindakan dengan menggunakan CRASP
-Critical collaboration enquiry by
-Reflective practitioners who are
-Accountable in making the results of their enquiry public
-Self evaluative in the practice and engaged in
-Participative problem solving and continuing professional development




Jean McNiff (1998)
kajian tindakan adalah sebagai suatu langkah untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembaharuan dan penambahbaikkan dengan menggalakkan guru-guru melakukan refleksi kendiri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri.


melihat kepada perspektif pendidikan, kajian kebiasaanya menjurus kea rah menambah baik strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tentang sesuatu perkara.





Reka Bentuk Model Kajian Tindakan.
Terdapat beberap rekabentuk model kajian tindakan. Antaranya adalah seperti yang berikut:


i. Model Kemmis & Mc Taggart (1988)


4 langkah dinyatakan dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle)

· Mereflek (Reflect)
· Merancang (Plan)
· Bertindak (Acti


ii. Model Interaksi Stinger (1999)
Model ini sesuai sebagai kajian tindakan penyertaan. Melibatkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (act).


iii. Model Kajian Tindakan Elliott’s (1991)

Mengambil kira model yang diperkenalkan oleh Kemmis dengan menghasilkan model yang lebih lengkap. Melakukan peninjauan (reconnaissance) yang melibatkan analisis dan juga pencarian fakta dan patut dilakukan dalam lingkaran dan aktiviti bukan hanya berlaku pada permulaan proses.


iv. Model Kajian Tindakan Ebbutt (1985)


Dave Ebbutt mencadangkan penggunaan bulatan (circle) yang lengkap untuk menerangkan proses kajian tindakan selain daripada bentuk lingkaran (spiral) yang digunakan oleh Kemmis.


v. Model Kajian Tindakan Mc Kernan

Memperkenalkan satu model yang menyarankan agar masalah kajian tindakan tidak terlalu terikat dengan masa.













Saturday, November 7, 2009

TUGASAN 2 : ULASAN JURNAL